Welcome

Tingkah laku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejnya

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman

Wednesday, December 28, 2011

debaran bertukar menjadi suram..

assalamualaikum..

debaran menunggu result terjawab hari ini.. sedih?? pasti sebab jatuh pointer sangat mendadak.. grrrrr.. saya tak tahu dah nak buat apa sekarang.. hanya doa dan redha dengan apa yang saya dapat jela.. fikirkan ada hikmah di sebalik segala-galanya yang jadi.. tahun depan.. semester depan saya akan lipat gandakan usaha untuk mendapat keputusan yang membanggakan ibu bapa saya.. dah puas enjoy jadi tahun depan study jela kerja saya.. ^_^

wif luv.. ruby...

Monday, December 19, 2011

kesihatan!

assalamualaikum...

erm kawan-kawan.. dalam beberapa minggu ini saya tidak sihat.. terasa perit sangat.. tekak sakit.. badan sakit.. kepala sakit.. hidung pun sakit.. semuanya sakit plus dengan debaran menunggu keputusan peperiksaan.. lagilah sakit.. ubat pun dah tak ada makna untuk sakit saya ini.. hanya rehat sahaja yang sesuai untuk masa sekarang ini.. mudah-mudahan segalanya dipermudahkan Allah..

saya hanya mampu berdoa dan tawakal.. sakit yang diberikan mudah-mudahan dapat menghapuskan dosa kecil saya ini.. bila sakit pasti akan mengingatkan saya tentang dosa yang saya lakukan.. hai terasa diri banyak dosa.. erm ampunkanlah dosaku, Ya Allah..

family? erm mudah-mudahan semuanya dalam keadaan yang baik-baik.. saya sentiasa mendoakan kebahagiaan keluarga dan kawan-kawan saya.. kesabaran sangat diperlukan dalam menghadapi hidup sebagai manusia kan? hehe.. segala kesabaran pasti mendapat kebahagiaan akhirnya.. sabar, sabar dan sabar.. segalanya pasti akan membahagiakan kita di kemudian hari.. insya-Allah..


kehidupan ini mengajar saya supaya lebih matang, lebih berhati-hati dan juga lebih prihatin.. lebih-lebih lagi bakal guru en jadi kenalah ada sifat kemasyarakatan dalam diri supaya senang nak berkomunikasi dan menjalankan tugas dengan baik.. huhu..

dats all ye kawan-kawan..
wif luv.. ruby..

Wednesday, December 14, 2011

go away..

assalamualaikum..

tirai hatiku..
disentuh bukan untuk disakiti..
dibuka bukan untuk dilukai..
perihnya hati ini..
terasa kenangan berulang kembali..
bantulah diri ini untuk melupakan kepahitan..
susahnya untuk memberikan kekuatan pada hati yang telah patah..
bukan mudah untuk bangkit..
bukan mudah untuk berdiri seperti sekarang..
jangan diulang sejarah silam..
terasa kesakitan yang berulang dan semakin sakit..
tak tertahan hati untuk menanggungnya..
terasa diri dipermainkan dan ditipu.. tapi itu hanyalah perasaanku yang sentiasa memikirkan perkara negatif.. grrrrrr
Ya Allah, aku mohon diberikan kekuatan pada diri ini untuk menjalani hidup seperti sedia kala, jauh daripada gangguan perasaan yang menyeksa diri..

Tuesday, November 29, 2011

pendam...

Aku yang mengejar bayang
Cinta kian terbiar
Terpendam kata tak terungkap selamanya

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati

Aku yang mengejar bayang cinta

=(
refer to me! hahah...

again! tak pernah nak hilang.. grrrr

assalamualaikum...

tension! this word memang sinonim dengan diri saya buat masa ini.. huh.. kenapalah saya buat kerja bodoh tu? niat baik tapi kena tembak berdas-das.. erm tensionnnnn.... inilah akibat kalau tak fikir panjang dan tak fikir baik buruk sesuatu perkara.. tanggunglah wahai Rabiatul Adawiyah oi!

padan muka! ayat paling sesuai buatku.. haha.. jadikan pengajaran jela yang mampu sekarang ini.. tak ada apa lagi yang perlu dimenyesalkan sebab benda dah jadi.. telan, kunyah dan hadam.. habis cerita!!!!

tu jela kata-kata yang nak diluahkan..

wif luv.. ruby..

Friday, November 25, 2011

sedikit demi sedikit menutup hati!!!

assalamualaikum...

jawapan untuk perasaan semalam.. semakin menghampiri penutupan hati! grrrrr
kesibukan mungkin membuatkan anda lupa pada saya tapi kesibukan saya tak pernah sedetik saya lupakan awak..
nampak macam hati dibuka dan diguris semula.. ish.. luka lama baru nak baik tapi ditoreh lagi dengan pisau yang lagi tajam..
hati wanita bukan untuk dipermainkan hanya kerana hatinya lembut.. cubalah untuk jaga hati wanita yang lembut ini..
bukan minta dilonggokkan dengan emas dan permata tetapi cuma sayang, prihatin, jujur, dan paling penting cinta.. itu sahaja.. bimbinglah hati wanita yang lembut ini ke arah kebaikan dan menuju syurga cinta..
wanita ini sentiasa menerima kekurangan diri anda dan meletakkan harapan pada anda..

sekarang segala-galanya berserah kepada jodoh dan takdir.. sekiranya kuat jodoh di antara kita, alhamdulillah.. tapi sekiranya berlaku yang sebalik, redha dan doa mengiringi diri ini dan anda..

.. wif luv.. ruby...

Thursday, November 24, 2011

sedetik lebih!

assalamualaikum..

sedetik lebih...
erm.. berikan sedetik rasa sayang pada diri ini..
berikanlah sedikit rasa cinta pada diri ini..
berilah sedikit rasa jujur pada diri ini..
supaya aku boleh terus menyayangi dan mencintaimu..

cewah... ayat jiwang kot.. haha.. urm.. saya memikirkan tentang satu perkara yang menganggu perasaan buat seketika.. sedetik lebih bak kata Anuar Zain yang baru menang Lagu Terbaik tu.. hehe..

terfikir-fikirkan apa sebenarnya yang berlaku sekarang ini.. ish pening kepala ni memikirkan segala perkara yang mungkin terjadi dalam hidup ini.. redha, tawakal dan doa mengiringi diri ini untuk menerima hakikat.. grrrrr....


thats all for today.. tomorrow i'll let u all know pasal result perasaan ini.. huahua..

err.. wif luv.. ruby...

Wednesday, November 23, 2011

= =

assalamualaikum...

kawan-kawan.. apa khabar.. urm sekarang ni dah cuti semester.. jadi terasa banyak masa yang terluang.. haha... Mr Z busy dengan exam so saya melayan diri sendiri jela.. huahua.. masa terluang dipenuhkan dengan buat kerja rumah, kemas bilik, makan, minum dan paling penting tidur.. ahakz..


haha.. hari ini beli barang untuk pergi bercuti t.. insya-Allah.. excited betul nak pergi bercuti sebab masa tu jela dapat sama-sama dengan semua keluarga saya.. ehem.. lovely family la katakan.. hehe...



thats all for today.. uhuk2..

wif luv.. ruby..

Saturday, November 19, 2011

exam done!

assalamualaikum...

selesai sudah exam.. exam akhir semester dan MUET.. selesai..lega...


erm before MUET test saya pergi berfoya-foya dengan kawan-kawan.. hehe.. best.. masa keluar pun ada kenangan yang sangat sweet.. Mr Z kol saya.. video kol yang sangat bermakna.. erm malu.. haha.. grrrr...

ayam penyet.. rendang daging.. rendang ayam...





hah.. lagi satu.. praktis persembahan untuk persaraan Tuan Haji Zaki, KJ JPM..

semester 2 meninggalkan banyak kenangan untuk saya sebagai guru pelatih unit BM.. gonna miss u all friends.. next year kita jumpa.. insya-Allah kalau panjang umur..

Saturday, November 12, 2011

dan sebenarnya...

saya tak tahu.. dan sebenarnya apa ye? huhu.. i wonder y.. ish.. susah2..

kenapa?
sering tertanya-tanya..
tertanya-tanya tentang perasaan sendiri..

kenapa?
sering tertanya-tanya..
tertanya-tanya tentang kesetiaan..

kenapa?
sering tertanya-tanya..
tertanya-tanya tentang kejujuran..




i know jarak yang jauh ni perlukan kekuatan dalam diri saya ni.. perlu betul-betul yakin dan percaya.. jangan selalu berdalih dan selalu mencipta onar dalam perhubungan.. saya cuba yang terbaik.. memahami diri sendiri dan juga diri orang lain.. insya-Allah dipermudahkan..




cuma kadang-kadang saya terfikir.. betul ke? boleh percaya ke? saya selalu ingatkan diri jangan syok sendiri.. t sendiri yang terluka.. then saya cuba yang terdaya.. selagi hubungan ini tak membawa kemudaratan pada diri saya selagi itu saya akan pertahankan.. insya-Allah...





pada sesiapa yang mengenali diri ini.. kenalilah diri saya dengan sejujur dan seikhlas hati kamu.. insya-Allah saya akan balas 2 kali ganda jujur dan ikhlas saya pada kamu.. ini janji saya =)

wif luv.. ruby...

Friday, November 11, 2011

hello... im back..

saya kembali.. uhuk2.. tak banyak nak cakap.. disebabkan tiada broadband dan juga sibuk dengan exam blog dan FB dibiarkan je sepi.. hehe... actually saya ada banyak cerita yang nak dikongsikan dengan anda semua tapi ada batasan di sini sebab saya takut dan malu.. haha.. budget je en? erm ok.. kita statt minggu first exam untuk satu paper je.. paper tu je dah mampu buat saya stress giler.. grrrrrr... penat menjawab pun tak hilang lagi ni.. aiih..




then.. saya ignore jela dengan stress ni sebab jap je.. nanti hilanglah stressnya tu.. haha... hah! pasal perasaan dan emosi? alhamdulillah semuanya terkawal dan diberikan kebahagiaan oleh Allah kepada diri saya ini.. dugaan paling besar bila kena hadap family saya.. kuatkan hati.. tabah menerima segala apa yang diperkatakan.. errrrrr....




akhirnya, saya yang tersepit.. urm.. terima jela ruby.. padan muka jela yang paling sesuai sekarang ini.. ahakz...




last but not least, dont worry be happy.. haha.. insya-Allah hati akan gembira dan tenang bila kita mendekatkan diri kepada Allah dan redha dengan segala yang ditentukan-Nya..




wif luv.. ruby... =)

Saturday, November 5, 2011

aidiladha!



salam aidiladha dr saya sekeluarga.. mudah-mudahan segala pengorbanan yang dilakukan diredhai Allah.. insya-Allah..

Friday, November 4, 2011

happy birthday!!! ahakz...

surprise! hehe.. yeay.. dpt kek.. i dapat kek di usia 20 tahun ini.. hahaha.. suka2.. luv my family..



bestnya bila family ingat dan celebrate birthday kita.. sayang u all..

hah.. kawan? for sure lah mereka ada wish dan bagi hadiah sekali.. uhuk2.. sukanya hati ini.. nak tahu apa hadiahnya? hah ni dia..





btw.. i luv u all semua yang dah wish pada saya dan ingat tarikh 3 November ni.. thank you very much dear..

wif luv.. ruby...

Tuesday, October 25, 2011

result..

lupa nak update semalam sebab letih sangat..
guys, ni resultnya..
im only get 50 points per hundred from my mom.. macam mana ni..???

ok now i know yang i kena berlatih lagi masak sambal sotong ni.. cam mana nanti kalau suami saya nak makan sambal sotong kalau still tak lulus dengan my mom.. aduyai..

practice make perfect rite?? insya-Allah boleh dapat hundred from my mom kalau i berlatih betul-betul..

for my husband to be.. get ready tuk rasa masakan i ye.. i will try my best.. huhu..

wif luv.. ruby..

Monday, October 24, 2011

sambal sotong...



first time, sambal sotong hasil tangan saya.. wow.. macam tak percaya je yang saya masak sambal tu.. bukan apa, selalunya ibu tak suruh masak sambal sotong tu tapi hari ini.. "Rabia, karang masak sambal sotong" haha.. saya pun mengangguk kepala dan berkata "ok ibu"!

i know sebab apa ibu suruh saya masak..
pertama.. sebab ibu keluar, ada urusan..
kedua.. nak uji saya ni tengok ke tak cara ibu masak masa kat dapur dan paling penting keadaan sotong tu.. liat ke.. lembut ke....
ketiga.. melatih saya sebagai seorang perempuan yang bakal bergelar isteri dan ibu.. hehe

ahakz.. lulus atau tak.. malam ni atau petang ni resultnya.. i will let u all know apa resultnya k..


minta2 la sedap sambal sotongku ini.. hehe



wif luv.. ruby...

10 petanda dia jodoh kita.. =)

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

perkongsian bersama.. insya-Allah..
wif luv.. ruby..

Tuesday, October 18, 2011

khas untuk anda..

hayati lirik lagu ni k.. ahakz..
saya bukan perampas.. itu yg penting!


Masa ku teringat akan dirimu
Ada sesuatu begitu mengganggu
Diam-diam aku menyukaimu
Bermimpi bila kau jadi milikku
Jauh di dasar hatiku ingin ku teriak:
Aku cinta kamu!

Sayang, sayang-sayang
Kamu dah berpunya
Tertutup sudah bagiku kesempatan
Dan bukan gayaku
Rebut pacar orang
Meski hati tulus cerita berakhir tak senang

Aku tahu akan sulit bagiku
Mencari-cari pengganti dirimu
Tapi bagi lelaki macam aku
Tak mau berakhir kerna begitu
Jauh di dasar hatiku ingin ku teriak:
Aku cinta kamu!
Sayang, sayang-sayang
Kamu dah berpunya
Tertutup sudah bagiku kesempatan
Dan bukan gayaku
Rebut pacar orang
Meski hati tulus cerita berakhir tak senang

Tak mungkin, tak mungkin
Aku menyerah hanya kerna tak dapatkan kamu
Meski jauh di dasar hatiku ingin ku teriak:
Aku cinta kamu!

Sayang, sayang-sayang
Kamu dah berpunya
Tertutup sudah bagiku kesempatan
Dan bukan gayaku
Rebut pacar orang
Meski hati tulus cerita berakhir tak senang

wif luv.. ruby

Sunday, October 16, 2011

BILA LELAKI BETUL2 SERIUS DALAM PERCINTAAN….

Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan... Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu…

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.

Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah...

Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.. .Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat.

Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu.

Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh.

Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain.

Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu.

Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur.

Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.. Tidak suka kamu memakai seksi...kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek...

Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu... Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya. HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

Thursday, October 13, 2011

Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar?

Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.

wif luv.. ruby..

Tuesday, October 11, 2011

‎30 Perkara Perempuan tak Sempat Bagi tau Lelaki....

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan air mata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai seorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah air mata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

wif <3 ruby.. ahakz..

Saturday, October 8, 2011

Note yang ditulis oleh Wardina : BERBALOI PENAT LELAH KU…

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…

I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…

tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….

ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”

3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..

4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????
She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?

‎7 PERKARA GANJIL...

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" Golongan yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam.

Friday, October 7, 2011

Program Muda Mudi Jiwa Malaysia..

program yang I satu unit kena pergi semalam.. huh.. agak bestla sebab dapat makan free.. hehehe
kami digelar remaja dan kanak-kanak perempuan.. huhu.. merasa jadi budak-budak sebentar.. huhu.. im happy with that statement... ahakz.. dan paling penting kami bergambar selagi sempat.. itu semestinya..



ni bukan di hotel tapi dalam ehem2.. hahaha.. biarlah rahsia..
malu nak cakap.. uhuk2.. ^_^


seterusnya dapat salam dengan Dato Seri Shahrizat.. wargh.. bestla gak dapat salam dengan pemimpin kita en.. huhu..
thats all pasal program ini.. btw saya happy dengan hidup saya sekarang.. ^_~




luv u all..

Tuesday, October 4, 2011

handphone?

persoalan handphone? hehe



i nak beli handphone baharu next year.. insya-Allah..
teringin pakai handphone touch yang nampak cam smart.. huhu



comel tak?
i like!!
one day i akan beli handphone2 ni.. uhuk2.. ^_^
impian..
................................................................................................

Sunday, October 2, 2011

sebulan lagi...

sebulan lagi..
hari ni 3 oktober - 3 november.. how??

this year my birthday.. macam mana rupanye ye? hehe
i like..

hari khamis my birthday..
alhamdulillah kalau dipanjangkan umur.. dapatlah saya sambut birthday tu.. hehe

ahakz.. tak sabar.. hehe

sedaya upaya...

saya akan cuba sedaya upaya saya supaya tidak menyakiti hati wanita lain..
saya akan cuba untuk tidak memberikan kesakitan kepada wanita lain..
saya akan cuba elakkan daripada berjumpa dengan seseorang yang sudah berpunya..
supaya hati wanita tidak sakit disebabkan saya..
biarlah hati saya yang sakit.. tapi saya tidak akan sekali-kali menyakitkan hati wanita lain hanya disebabkan perlakuan saya..
seboleh-bolehnya saya akan elakkan perkara-perkara seperti ini berlaku.. insya-Allah..

saya berjanji dengan diri saya yang saya tidak akan cuba atau terniat untuk berlaku perkara yang tidak elok kepada manusia yang bernama wanita.. i hope so..

dengan kekuatan yang diberikan oleh Allah kepada saya, insya-Allah saya boleh menghadapi dengan sabar, tenang dan tabah.. kesakitan yang diberikan di dunia ini hanya seketika dan kesakitan itu yang mematangkan diri saya yang tak seberapa matang ini.. hehe.. btw im happy rite now..

pesanan buat diri sendiri dan juga kawan-kawan saya yang dikasihi...
sayangi diri kita, family kita dan fikirkan tentang kesusahan serta kesakitan yang dihadapi oleh orang sekeliling supaya kita boleh muhasabah diri.. so, kita tidak akan mudah melakukan perkara yang akan menyakitkan hati manusia lain kerana kita manusia biasa yang sentiasa melakukan salah dan perlukan peringatan.. tak ada orang yang sempurna dalam dunia ini..
ingat itu ye!! ^_~

Thursday, September 29, 2011

sejuta harapan..


keluarga bahagia.. i like!!
mudah-mudahan kekal hingga ke akhir hayat..
gaduh-gaduh manja biasa la kan?
so i accept it..
i selalu doakan kebahagiaan family i supaya lebih tenang dan sejahtera..
mudah-mudahan hidup keluarga i seperti keluarga Islam..
insya-Allah..

i menyimpan sejuta harapan.. yup.. harapan i ialah family i always dalam keadaan yang baik-baik dan bahagia.. i know my family is the best thing that i ever have in my life.. for sure family more important than others thing.. i prefer do not have boyfriend than do not have a family.. uhuk2.. dats y i think i can't live without u, my family especially my mom n daddy.. ibu ayah.. kakak luv both of u.. thanks for being my parents n also my bestfriend forever.. insya-Allah..

................................................................................................

i'll trying to be anak solehah for both of u, ibu n ayah.. ^_^

Monday, September 26, 2011

fikirkan boleh!

masa untuk belajar semula seperti semester lepas..
make sure naikkan pointer ke 3.70.. insya-Allah..
study smart not study hard..
i will let u know that i pun boleh berjaya dalam hidup selagi family masih bersama dengan i..

..................................................................................................

i will prove that i bukannya manusia yang sangat lemah walaupun hakikatnya memang kita lemah dalam beberapa situasi..

..................................................................................................

selagi family bersama i, i akan kuat dan tak lupa juga pada rakan-rakan yang setia berada di sisi i..
i'll appreciate u all.. thanks dear..
nak seribu day tak nak seribu dalih.. insya-Allah...

Friday, September 23, 2011

penyuntik semangatku..









perubahan...

selepas menyaksikan video ini kisahku.. wardina safiyyah.. Ya Allah.. terdetik di hati aku.. masih kurang lagi ilmu agama dalam diri aku.. aku leka, alpa dengan hal dunia.. ya Allah ampunilah dosa hambaMu ini.. berikanlah aku kekuatan dan ketabahan dalam mencari cintaMu.. perubahan perlu berlaku dalam diri aku.. insya-Allah.. aku ingin menjadi seorang anak yang solehah untuk ibu bapaku, juga pada masa akan datang sebagai seorang isteri dan juga ibu yang solehah.. insya-Allah..

Tuesday, September 20, 2011

ego..sayang..cinta

assalamualaikum...

post kali ni banyak sikit konfliknya..
gegurl pun ada ego kan?
dalam masa yang sama gegurl menyayangi dan mencintai boboy..

boboy mungkin tidak memahami gegurl dengan mendalam..
tempoh perkenalan yang singkat membuatkan gegurl berasa boboy tidak memahami gegurl..
gegurl dah serik dengan pengalaman lalu...
gegurl dah tak boleh keluarkan air mata sebab air mata gegurl dah kering..

boboy kena faham keadaan gegurl dan gegurl pun cuba memahami keadaan boboy..
yang penting boboy kena terima gegurl seadanya sebab gegurl bukan manusia yang sempurna..
gegurl pun cuba yang terbaik untuk boboy..

andai tersurat jodoh antara gegurl dengan boboy. alhamdulillah..
tapi andai tiada jodoh antara gegurl dengan boboy.. redha dan terima hakikat..

segala apa yang jadi antara kita, gegurl terima dengan sabar..
kadang-kadang gegurl atau boboy x perasan salah masing-masing kan?
so saling mengingatlah..
janganlah gegurl ego, boboy pun ego.. lama-lama rapuh la relationship kita..

ahakz.. idea daripada cerita Hantu Bonceng tapi ada kena mengena gak la dengan kehidupan sebagai manusia..

Friday, September 16, 2011

falling in love.. =)

Once in a lifetime
An angel sweeps you off your feet
And everything I’m about
Dissapears before my eyes

You’re taking me higher when I hear you speak to me
It feels so familiar but I’m caught up in this fantasy

Chorus
Now I can’t seem to find myself
Oh I can’t seem to ease my mind
Oh I think I’m falling I’m falling and I can’t stop falling
I’m falling in love with you

When I look into your eyes
I see your love that comforts me
Even now when I go to sleep
I wait to see you in my dreams

You’re taking me higher when I hear you say my name
I’m trying to tell you that I never want to let you go

Ulang Chorus

Over and over again
It plays out in my mind
I can see it clearly
You give me something new to believe in
Come take me away

Ulang Chorus 2X

terima kasih nina..

special thanks to u fwenz..
terima kasih nina..
kembalikan blog aku kepada normal.. ahakz..

len kali leh la ko tlg ak lg.. huhu..
luv u la..
muaaaahhhhh...
=)

Friday, September 2, 2011

zaman dulu dan sekarang..

assalamualaikum...

teringatkan zaman dulu..
zaman kanak-kanak..
yang bermain dengan kotor..
bermain dengan emosi.. hehe..

dibandingkan dengan zaman sekarang..
macam-macam dah yg jadi..
berbeza masa zaman kanak-kanak dulu..
semuanya bergolak dengan perasaan dan juga tingkah laku..

silap langkah dah macam-macam akibatnya..
tula padahnya kalau tak dengar cakap orang tua.. hehe..

kadang-kadang terfikirkan zaman kanak-kanak yang jauh lebih best dr sekarang.. hahaha
bila teringat camtu cam org xbersyukur plak en.. hehe..
tp nak wat cmne.. manusia xpernah puas dgn apa yg dimilikinya.. huahua..

dulu masa sekolah jadi budak biasa-biasa je..
sekarang dah jadi guru pelatih kne la up to date sikit..
xleh da cam budak sekolah..
kenalah bergaya sikit..
dah keje t baru bergaya banyak-banyak.. haha

actually, simple jd pegangan hidup..
selesa.. xsarat mata.. n most important feminine.. huhu

zaman dulu dan sekarang..
penampilan n cara fikir je yg berbeza but my personality still the same as Rabiatul Adawiyah Abdul Ghafar yg dulu..
uhuk2..

Saturday, August 27, 2011

happy birthday...

selamat hari lahir.. semoga panjang umur, murah rezeki dan berjaya dalam semua perkara yg awak lakukan..
ucapan ini sy hadiahkan pd seorang kawan yg sy kenali dan sayangi..
mungkin dia tidak mengenali ucapan tersebut tapi puas hati ini sebab dapat ucapkannya for d frst time sepanjg sy mengenalinya..
nak bg ucapan sbgai org yg dikenali sgt sakit, pedih.. lebih baik beri ucapan sebagai org yg tdk dikenali..
takdalah pedih n sedih sgt.
andai anda baca ucapan ini.. terimalah ye. ikhlas dari seorang kwn yg mengingati kamu.. uhuk2.. ^_^

Monday, August 22, 2011

think positive please!

saya akan cuba untuk berfikiran positif.. positif.. positif..
tak terdetik di hati untuk berfikiran negatif sebab benda tu hanya akan menyakitkan hati dan pedih hati..
jadi saya positifkan diri sendiri..
saya berharap sangat supaya saya tidak dipandang serong hanya disebabkan saya perempuan..
saya nak yang positif sahaja..
positifkan diri, minda dan mulut..
bahagia pasti ada dengan positif..
terima kasih.. uhuk2..

Sunday, August 21, 2011

perang

cuti vs kkbi....

saat gembira menunggu cuti merupakan saat yang dinantikan tapi bagi aku saat ni yang mendebarkan. banyak tugasan yang kena siapkan.. banyak keje.. sibuk memanjang.. dengan puasanye lagi.. dugaan2.. tiap2 tahun mesti menghadapi benda yang sama. pasti ada tekanan tapi pandai2 la cover dengan senyuman.. konon2.. haha.. tapi segala pengalaman ni mengajar aku supaya lebih matang dan rajin berfikir.. hehe.. pape pun sementara belajar ni la kita aktif.. sok dah berkeluarga masa nak joging pun takde.. haha..

last but not least, gud luck tuk diri sendiri.. semoga anda berjaya mengharungi liku-liku kehidupn.. huhu

Friday, August 19, 2011

tips menghafal ayat Al-Quran...

assalamualaikum..
peringatan dan renungan bersama....


1-BETULKAN NIAT

Ramai orang yang menghafaz al-Quran tidak menjaga niat mereka. Ada diantara kita yang menghafaz al-Quran semata-mata untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran. Perkara ini banyak berlaku dipusat pengajian tinggi yang menghafaz hanya sekadar untuk meluluskan diri dalam peperiksaan.Dari sudut peperiksann itu adalah normal dan amat baik tetapi dari sudut keagamaan ia bertentangan dengan konsep penghafazan al-Quran. Sebenarnya, kita mesti menjaga niat menghafaz al-Quran hanya untuk meraih keredhaan ALLAH, semoga ia mampu menolong kita untuk memasuki Jannah-Nya dan mendapat keampunan buat diri dan seluruh keluarga kita,amin.


2-ISTIQAMAH

Setiap ibadat itu, perlukan sifat istiqamah atau berterusan. Di dalam penghafazan al-Quran, istiqamah merupakan asas tunjang yang amat kuat. Tanpa istiqamah, PERCAYALAH, hafazan seseorang itu akan rosak dan hilang begitu sahaja. Para penghafaz sudah tentu tahu hukum menghafaz al-Quran kemudian diabaikan sehingga lupa. Sebagai contoh, istiqamah dalam muraja'ah atau mengulang sejuzuk sehari,insyaALLAH hafazan kita akan ingat berkekalan jika ISTIQAMAH.


3-BERAMAL

Beramal dengan setiap ayat yang dihafaz adalah salah satu syarat untuk menjadi penghafaz cemerlang. Setiap ayat mestilah difahami maknanya dan diteliti takwilnya agar kita mendapat kefahaman yang betul berlandaskan syariat. Sebahagian ayat al-Quran menyeru melakukan kebaikan dan sebahagian lagi menyeru meninggalkan kemungkaran. Oleh itu ,berpeganglah dengan apa sahaja yang diperintahkan al-Quran, mengikut kemampuan yang kita miliki. Kita akan dapati betapa manisnya nikmat menghafaz al-Quran jika kita tahu kelebihannya.


4-PERDENGARKAN BACAAN KEPADA TEMAN

Gunakan sedikit masa yang ada untuk memperdengarkan bacaan kepada teman (yang juga menghafaz al-Quran) kerana ini akan menjaga hafazan agar tidak mengalami kesilapan.
Kita mungkin tidak sedar jika kita membaca dengan silap. Jika diteruskan kesilapan itu takut akan bertapak dengan kuat dihati kita.Ini akan mengundang masalah untuk membetulkannya.Tetapi jika selalu diperdengarkan kepada teman-teman insyaALLAH kesilapan akan dapat diperbaiki sebelum melekat di ingatan.


5-SETIA PADA SEBUAH AL-QURAN

Mungkin ini pelik bagi orang biasa, namun tidak pelik bagi penghafaz al-Quran.Tabiat suka menukar al-Quran masa ke semasa boleh menganggu hafazan kita. Ia akan memeningkan kita dari segi mengingati struktur ayat, kerana setiap al-Quran mempunyai pelbagai saiz. Ia juga mempunyai perbezaan dari segi waqaf dan sebagainya. Ini akan membuatkan kita ragu dengan hafazan sendiri. Seeloknya, kita mesti tetap berpegang kepada satu al-Quran sahaja sehingga hafazan kita benar-benar kukuh dan bersemadi di hati. Disamping kita menetapkan fokus struktur ayat, ia juga akan menjadi berkat.


6-ULANGI BACAAN SETIAP HARI

Bagi memantapkan hafazan, kita wajib mengulang hafazan lalu setiap hari, jangan sesekali menjalani hidup tanpa muraja'ah kerana ini akan melunturkan hafazan sedikit demi sedikit. Kata seorang ulama', sehari kita meninggalkan al-Quran seminggu dia akan meninggalkan kita, seminggu kita meninggalkannya sebulan dia akan meninggalkan kita pula, apatah lagi jika meninggalkan sebulan, maka setahun jadinya. Perkara ini sudah tentu dirasai penghafaz al-Quran. Jadikanlah ia sebagai pedoman agar kita tidak meninggalkan muraja'ah.


7-ULANGI BACAAN DLM SOLAT

Mengulang hafazan didalam solat seharian akan menguatkan ingatan kita terhadap ayat-ayat al-Quran yang telah dihafaz. Jangan biasakan diri membaca ayat-ayat lazim sahaja, biasakan diri membaca surah-surah yang telah dihafaz dalam solat. Ini akan mengukuhkan lagi ingatan hafazan kita, kerana waktu itu kita tidak memegang al-Quran ditangan,dan akan menjadi khusyuk di dalam bacaan dan berusaha untuk membacanya dengan baik supaya tidak merosakkan pahala solat kita. Ini adalah salah satu latihan buat huffazul Quran agar membiasakan diri mengulangi tanpa berpegang kepada kitab al-Quran kerana orang yang mengulang hafazan tanpa al-Quran ditangan lebih hebat dari yang mengulang dengan al-Quran ditangan.

Thursday, August 4, 2011

dulu dan sekarang..

dulu nyanyian anda untukku,
tapi sekarang nyanyianmu milik orang lain,
dulu kata-kata manis terngiang-ngiang di telingaku,
sekarang kata-kata pahit yang terngiang-ngiang di telingaku,
segala yang manis sentiasa di hatiku,
yang pahit juga sering menular di hati,
segala apa yang aku rasa sangat bermakna,
pahit, masam, manis, tawar semuanya ada,
harapan hanyalah harapan,
tiada lagi makna dalam hati ini,
lupakan semuanya yang lepas,
mulakan kehidupan baru..

Tuesday, July 19, 2011

ada aku kisah..

erm ada aku kisah?
tu la ayat pertama yang keluar daripada mulut ni..
suka hati anda la nak hidup macam mana..
aku ni hanya mampu doakan yang baik-baik tuk anda..
aku pun manusia biasa yang selalu melakukan salah tapi dalam masa yang sama ak cuba untuk membaiki diri supaya dapat jadi manusia yang disenangi semua..
pening kepala bila fikirkan tentang manusia ni..
bila tak fikir macam tak amik perhatian pulak en.. ish2..
hidup jela macam mana pun asalkan bahagia..
=)

Thursday, July 14, 2011

again!!!

sekali lagi..
sakit yang sama,
perit yang sama,
penatnya hati..

sekali lagi..
rasa tertipu,
rasa dipermainkan,
rasa diperbodohkan..

sekali lagi..
janji menghantui diri ini,
kenangan menghantui diri ini,
kata-kata yang mengganggu fikiran..

sekali lagi..
aku hampir tewas,
aku hampir kecundang,
aku hampir terjatuh..

sekali lagi..
aku perlu kuatkan diri dan hati..
aku perlu lupakan segala tentangnya..
aku perlu mulakan kehidupan baru..
supaya lebih bahagia dan sentiasa kuat..
insya-Allah..

Saturday, July 9, 2011

BIG

satu hal dah selesai.. alhamdulillah.. BIG yang bolehlah dibanggakan.. dapat bersyair, berseloka, bersajak dan berpantun.. nafas pun kenalah panjang.. huhu.. seronok jadi guru di sekolah.. sayang sangat-sangat dengan kerjaya guru ini.. =)

Wednesday, June 29, 2011

alhamdulillah...

result kuar!!!!
wargh alhamdulillah..
pointer yg bolehlah dibanggakan..
tapi semester ini aku mesti tingkatkan ataupun maintainkan supaya tak jatuh..

lagi satu bahagiakan hati dengan benda yang menggembirakan..
gembirakan hati orang yang kita sayangi..
sayangi diri anda dan family anda sebab mereka sentiasa di sisi serta mereka juga yang dapat terima baik buruk kita.. kan3??

kawan pun tak dilupakan.. sayangi mereka yang menyayangi kita.. kita pun akan menyayangi mereka dengan ikhlas hati.. kan3..

Wednesday, June 22, 2011

first week..

minggu pertama di maktab.. bahagia..
haha..

balik awal.. tidur yang cukup.. hehe..
tapi untuk minggu pertama je..
minggu kedua jadual dah padat balik..

get ready jela..
semester 2 dan juga MUET yang tercinta.. =)

wif luv,
ruby..

Thursday, June 16, 2011

happy ending..

nora elena..
happy ending...

aku suka ending cite ni walaupun macam susah nak percaya endingnye tu..
for ur informtion, ciri-ciri suami dan ayah macam Seth la yang aku harapkan bila dah kahwin t.. huhu.. harap-harap dapatlah aku suami macam tu.. yang sentiasa sabar dengan perangai isteri, tak pernah marah walaupun isteri beremosi, dan paling penting suami yang menyayangi dan mencintai isterinya dengan ikhlas.. i like.. terbaik!!


moga termakbullah doa aku untuk mendapatkan pasangan yang sekufu denganku..

wif luv,
ruby..

Tuesday, June 7, 2011

mutiara kata...

assalamualaikum...

perkongsian ilmu...

antara mutiara kata yg sy jumpa.. mungkin dapat menaikkan semangat kita.. mungkin juga dapat memotivasikan diri kita.. renungan bersama.. ^_~

Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat

Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik oleh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menghadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai

Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu

Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya

Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringnya ia menitik

Paip yang kosong menghembuskan angin tetapi jika kepala yang kosong akan menghasilkan kegelapan

Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita…

Tingkahlaku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejnya

Anyamlah buih buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman

Jangan berbangga dengan pujian teman kerana sebalik pujian terdapat satu kejian

Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera

Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging

Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali

Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal: tetapi ianya kan membangkitkan cita-cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya

Wednesday, June 1, 2011

susah lupa senang cinta..

assalamualaikum...

kenapa ek?? susah sangat nak lupa sesuatu perkara? jatuh cinta senang je.. wargh tensionla cmni...
aku pening la nak fikir.. tp semua kata xpayah fikir.. cuba letak diri korang dalam keadaan aku.. cuba rasa apa yang aku rasa.. susahla... kalau setakat benda biasa leh la aku hadap.. ni benda besar payah kot.. aiiih entahla.. pe nak jadi dengan aku ni pun tak tahu la..

wif luf
ruby =(

Tuesday, May 31, 2011

semula..

assalamualaikum...

baik semula.. jernihkan hubungan kawan.. tula yang sedang dilakukan sekarang.. harap-harapkan segalanya berjalan dengan lancar dan diberkati Allah.. segala yang dilakukan dengan mengikut gerak hati yang memang telah ditetapkan oleh Allah.. mudah-mudahan segalanya dipermudahkan oleh-Nya..

wif luv,
ruby

Monday, May 30, 2011

pintu hati..

pintu hati,
tertutup rapat..

pintu hati,
terkunci semula..

pintu hati,
digari semula..

pintu hati,
digam semula..

pintu hati,
tiada udara..

pintu hati,
kapankan terbuka..

pintu hati,
siapa kuncinya..

pintu hati,
sabarlah menunggu..

pintu hati,
satu hari akan terbuka untuk dirimu..

sabar dan ikhlas jadikan kekuatan untuk menjadi kunci itu..
doa+usaha+istiqamah+tawakal..
insya-Allah segalanya lancar dan diberkati Allah..

Sunday, May 29, 2011

hatiku hatimu...



hatiku,
sayangnye..
hatimu,
bencinye..

hatiku,
rindunye..
hatimu,
menyampahnye..

hatiku,
redha..
hatimu,
sedarlah diri..

hatiku,
sedih..
hatimu,
suka..

hatiku,
pedih..
hatimu,
bersinar..

hatiku,
sepi..
hatimu,
bahagia..

hatiku hatimu,
sering berbeza..

hatiku hatimu,
tiada persamaan..

hatiku hatimu,
tidak bersatu..

hatiku hatimu,
haluan sendiri..

hatiku hatimu,
sama terluka..

hatiku akan menjaga hatimu selama-lamanya..

wif luv..
ruby =)

karaoke!!!!

wargh,,, karaoke,, melalak,, menyanyi,, huahua..
akhirnya dapat lepaskan hajat menyanyi..
tanpa bayaran iaitu di rumah sendiri.. hahaha
jom nyanyi.. lepaskan rindu dan tension..
jom.. lalalalalalala


<3 ruby..

Friday, May 27, 2011

cuma aku... =)

Aku suka kamu, aku cinta kamu
Aku sayang kamu tapi kamu tak suka aku
Aku kenang kamu, aku bayangkan dirimu
Aku rindu kamu tapi kamu tak rindu aku

Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih, jika tiada sayang
Apa kata kamu, mahu undur atau maju
Mungkin cuma aku tapi kamu belum tahu

Untuk apa cinta jika tidak sudi
Untuk apa kasih jika tak memberi

Aku suka kamu, aku cinta kamu
Aku sayang kamu tapi kamu tak suka aku
Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih, jika tiada sayang

Untuk apa cinta, jika tidak sudi
Untuk apa kasih, jika tak memberi

Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih jika tiada sayang

Untuk apa cinta, jika tidak sudi
Untuk apa kasih, jika tak memberi
Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih, jika tiada sayang

yeay.. suka orang tapi orang xsuka kita.. tu biasalah jadi en... hah.. kalau da suka mestilah sayang en so janganlah rindu orang yang x berkenaan dalam hidup kita k.. huhu.. rilek2 sudah.. haha..

Thursday, May 26, 2011

remove @ dibuang

assalamualaikum....

dah lama tak update blog ni.. jadi sekarang ini dibuka dengan cerita yang sedih.. semalam tepat pukul 12 saya remove seseorang daripada hidup saya.. seksanya rasa bila kita remove seseorang dari hidup.. saya tak pikir lain dah, saya just pikir nak hidup masing-masing aman dan tiada persengketaan.. tak ada orang yang kecik hati dengan saya n paling penting hati saya pun tak sakit lagi.. saya takkan kacau hidup anda dan saya takkan amik tau pasal hidup anda lagi.. segala yang jadi ni untuk kebaikan bersama.. memang anda akan benci saya tapi itulah jalan yang terbaik.. just go on dengan hidup anda sekarang sebab tak da sikit pun perasaan nak menghancurkan hidup anda dengan insan yang anda sayangi.. ok? deal?

=)

Saturday, May 21, 2011

terima hakikat

hakikat,
memang menyakitkan,
memang menyeramkan,
memang menyusahkan..

hakikat,
memang susah untuk diterima,
memang susah untuk menghadapinya,
memang sedih bila mengetahuinya..

as a cnclusion, kita kenalah terima hakikat bahawa segala yang jadi memang dah jadi dan semuanya pasti ada hikmahnya.. yup mmg aku akui sakit, perit, sedih tapi benda-benda ni la yang buat kita kuat.. so kita enjoy..
jom cari boyfriends.. oppss.. =)

Wednesday, May 11, 2011

demam exam..

BMM 3117
BMM 3101
EDU 3101
EDU 3102

kod exam utk semester ni.. hahah.. nmpk cam simple tp soalannya huh.. penat membaca utk jwb 1 paper je.. paper lain belum sempat nak baca.. huhu..

apa pun gud luck utk semua kwn2 aku.. n gud luck tuk diri sendiri jela.. haha

Thursday, May 5, 2011

patah tumbuh hilang berganti

assalamualaikum...

patah tumbuh hilang berganti..
ayat sering digunakan kalau kita kehilangan sesuatu..
yang memusykilkan saya di sini, dapat ke kita betul-betul menggantikan benda kita yang hilang itu dengan benda baharu?

susah2.. bagi saya susah.. yang kuat, yang tabah, dapatlah kot terima.. tapi mesti semua diulit kenangan kan2.. haha

diulit kenangan..
yeay.. ni kenangan tuk hari ini.. saya bersama-sama budak2 rumah kenanga @ hijau.. menang!!!
walaupun saya tak menyumbang apa-apa tapi saya tumpang gembira dan bangga dengan kemenangan kenanga.. huhu

ni kenangannya..

Thursday, April 28, 2011

Rasulullah SAW dengan sebiji limau.

assalamualaikum..




"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewaskan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Doaku.......untuk kawan ku..

assalamualaikum..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


Ya Allah...
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman..Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat..

Ya Muhaimin...
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu ..
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu..
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu..

Ya Allah...
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalan-Mu..jika kau halalkan aku merindui sahabatku, janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki, rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu..

Wednesday, April 27, 2011

kesakitan..

tak pernah aku rasa sesakit ni..
puas kena tanggung..
macam nak patah pinggang ni..
tolonglah saya..

cepatlah reda sakit ni..
aku tak tahan dah..

kisah bulan dan bintang

Assalamualaikum..


kisah bulan dan bintang..
menghampiri episod tamat..


pada mulanya bulan sukar untuk menyayangi si bulan..
tapi lama kelamaan bulan semakin sayang pada si bintang.. sbb..
bintang sentiasa mengucapkan sayang kepadanya..
bintang sentiasa mengucapkan cinta kepadanya..
bintang sentiasa memberikan semangat kepadanya..
bintang sentiasa membimbing dan melindunginya..
bintang sentiasa memberikan nasihat kepadanya..
paling penting bintang juga menghormati ibu bapa bulan..

sekarang semua tu bulan dah tak dapat..
bulan keseorangan..
bulan hanya menanti bintang kembali melindungi bulan..
tapi mungkinkah bulan dapat pelindungan bintangnya semula..

bulan pun tak tahu macam mana nak buat..
bulan hanya mampu menunggu kehadiran bintang..
bulan hanya mampu melihat bintang dari jauh..
bulan hanya mampu doakan yang terbaik untuk bintang..
itu je yang mampu bulan buat..

bulan sentiasa menunggu..
bulan sentiasa redha..
bulan sentiasa sabar..

bulan sentiasa berterima kasih kepada bintang kerana :
telah membahagiakan hidup bulan..
telah memberikan kasih sayangnya kepada bulan..
telah memberikan cintanya untuk dirasai oleh bulan walaupun untuk seketika..

terima kasih bintang..

salam kasih sayang dari bulan untuk bintang..

Sunday, April 24, 2011

ingin..

tiba-tiba rasa ingin dipujuk..
tiba-tiba rasa ingin bermanja..
tiba-tiba rasa ingin disayangi..

wargh.. macam-macam aku ni.. haha..

tapi itulah hakikatnya sekarang..
next week jela study..
this week nak enjoy dulu..
lupakan segala masalah..

jom kita enjoy!!!

Thursday, April 21, 2011

merdeka..

merdeka?
soalan?
atau kenyataan?
huahuahu
buat sementara waktu memang aku merdeka..
sampai bulan 5 je..
uhuk2..

lagi 3 minggu exam besar plak..
kena duduk dalam masa 2 jam 30 minit.. wow..
penat punggung saya.. hahaha

apa-apa pun aku akan fokus..
belajar.. belajar.. Rabiatul Adawiyah binti Abdul Ghafar..

Tuesday, April 19, 2011

post baharu..

rasa macam dah lama tak post kat blog tersayang ni.. hehe

baik.. sekarang dimulakan dengan hidup sebagai kawan..
pelbagai tanggapan yang boleh wujud dari perkataan kawan..
hurm.. agak-agak apa tanggapan saya pada kawan?

huhu.. bagi saya kawan merupakan individu yang melengkap hidup kita..
masa susah senang dia ada..
tapi.. zaman sekarang susah nak dapat..

prinsip aku senang..
aku akan layan semua kawan aku semampu aku..
aku akan cuba jaga hati kawan aku..
aku akan cuba ada di sisi kawan aku tika susah dan senang..
aku sentiasa kenang kebaikan yang mereka lakukan untuk aku..

aku nak jadi kawan yang baik walaupun hakikatnya ramai yang tak suka aku..
aku harap kawan-kawan semua faham yang setiap manusia tidak sempurna.
pasti ada kekurangan..
jadi fikir-fikirkanlah ye..

sekian, terima kasih....

Friday, April 15, 2011

maharaja lawak..



hati yg gundah,
hati yg keliru,
hati yg sedih,
hati yg penat,
hati yg celaru,
hati yg debar...




change to..
hati yg gembira,
hati yg senang,
hati yg matang,
hati yg suka,
hati yg sayang,
hati yg logik,
hati yg rasional...

tatkala menonton...




terbaik!!!!

Wednesday, April 13, 2011

muncul kembali..

sekian lama hilang, tiba-tiba muncul kembali.. timbul perasaan pelik di situ..
tergugat? of course la rasa tergugat.. huhu..
buntu..pening..beku..
ahahahah

Tuesday, April 12, 2011

imbas kembali

mindaku sentiasa diulik dengan kenangan.. kenangan lampau yang manis.. setiap patah perkataan yang manis.. setiap perlakuan yang mengingatkan aku kepada kenangan.. kenangan yang mampu membuatkan aku berangan.. berangan yang mampu membuat aku menangis.. segalanya dengan mengimbas kembali kehidupan dulu..

menangisku hanya kerana mampukah aku untuk mendapatkan kenangan itu kembali.. mampukah aku merasai kemanisan kenangan itu semula.. mampukah aku untuk semuanya?

sekadar luahan hati yang tidak mampuku rungkai sendirian.. =(

Monday, April 11, 2011

tatkala ini..

tatkala ini apa yang mampu aku lakukan?
tersenyum keseorangan mengenang kenangan silam?
menangis keseorangan teringat kenangan silam?
gembira keseorangan teringat kenangan silam?

perkongsian kegembiraan yang terbatas,
perkongsian kesedihan yang terbatas,
perkongsian pengalaman yang terbatas,
semuanya terbatas..

kebingungan menguasai kotak fikiran aku..
kecelaruan menguasai minda aku..
kesedihan, kepedihan, keperitan yang melanda diri ini..

apa pun yang jadi aku tetap aku..
aku tetap mendoakan yang terbaik untuk diriku dan semua..
aku tidak sesekali berdendam atau berdoa benda yang tidak baik..
itulah aku.. =)

Sunday, April 10, 2011

again..





again?
batuk tersayang muncul kembali dalam diri saya..
aiih.. tension je..
sakit dada bila batuk..
ubat batuk.. wait 4 me..
huhu..



Saturday, April 9, 2011

bukan terbaik..

mungkin saya bukan insan yang terbaik untuk awak..
awak akan dapat yang lebih baik..
insan yang lebih menyayangi awak..
insan yang lebih mencintai awak..
saya hanya mampu berdoa yang terbaik untuk awak..

sepanjang kita bersama..
saya sentiasa inginkan yang terbaik untuk kita..
saya cuba jadi insan yang lebih baik untuk awak..
saya usaha sebaik mungkin..
tapi saya hanya mampu merancang..
Allah yang menentukan segalanya..

selepas ini saya redha dengan ketentuan-Nya..
kalau tiada jodoh antara kita.. saya redha..
andai jodoh kita kuat lagi.. saya akan usaha lebih untuk jadi insan yang terbaik di sisi awak..
insya-Allah..

=)

Friday, April 8, 2011

RM80..



hah.. nila dia RM80..
huhu..
2 pasang kasut dengan RM80..
duit makan pegi ke duit kasut.. huahua..




kasut2.. untung betul kedai kasut ni..

hah makan?
nak makan pe ea?
alamatnya makan..


biskut jela jadi menu harian.. =)

paras rupa..

cantik?
comel?
manis?



semuanya pinjaman daripada Allah..
kita hanya perlu bersyukur dengan kelebihan yang ada pada kita..
itulah pesan ibu saya pada saya dan adik-beradik..


ucapkan subhanallah ketika manusia memuji dirimu..
ucapkan alhamdulillah atas nikmat yang diberikan..
amalkan supaya kita tidak menjadi bangga dengan pinjaman-Nya yang sementara ni..


last but not least...
wahai wanita bimbinglah dirimu..
ceriakan hidup dengan ayat-ayat suci Al-Quran..
dan tingkatkan ilmu asas kita sebagai kaum wanita..
supaya hidup diberkati Allah..


Followers

Blog Archive