Welcome

Tingkah laku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejnya

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman

Thursday, May 17, 2012

assalamualaikum.. apa khabar semua? dah lama tak postkan?? hehe.. kesibukan hidup sebagai pelajar memang memenatkan.. hehe.. tapi takpe saya bersyukur diberi peluang untuk menimba ilmu dunia dengan izin Allah.. Alhamdulillah..
inilah gaya saya bila musim exam.. hehe.. percayakah? kadang-kadang macam tu kadang-kadang macam kat bawah ni..
hahaha.. tapi itu perkara biasa dalam menghadapi peperiksaan kan? hehe.. stress? for surelah tapi masih boleh dikawal dengan ada orang di sekeliling saya.. Alhamdulillah Allah berikan orang-orang yang mampu membantu dan membimbing diri ini tika susah dan senang.. bersyukur sangat-sangat.. =)
hati dan perasaan??? Alhamdulillah setakat ini baik lagi dan masih berada dalam keadaan stabil.. buat arjuna-arjuna di luar sana, bukan saya tak nak berkawan tapi biarlah hubungan kita halal dulu barulah kita berkawan.. ok??? lebih afdal dan lebih bahagia dunia dan akhirat.. insya-Allah..
family?? before exam berlaku satu peristiwa yang agak mengganggu saya untuk fokus.. ayah yang disayangi sakit tapi alhamdulillah dah buat medical check up, tak ada masalah kesihatan.. lega sikit hati ini.. dahlah tak balik rumah sebab nak fokus pada peperiksaan tapi tak apa segalanya ada hikmah.. satu rumah diet.. makan makanan yang berkhasiat je tapi my dad still degil gak.. makan ikut nafsu tanpa fikirkan kesihatan.. haish.. pening kepala dibuatnya.. minta-mintalah kesihatan ayah masih boleh dikawal walaupun dia masih tak boleh diet dalam pemakanannya.. hurmm...
hah btw nak khabarkan anda semua yang saya akan pergi ke IPG Perlis cuti semester ini.. hehe.. bukan berjalan tapi terlibat dalam aktiviti unit beruniform.. huhu.. mula-mula tak nak pergi tapi disebabkan ada benda yang menarik dalam aktivitinya jadi saya putuskan untuk pergi.. hehe.. jalan-jalan cari ilmu.. =) baiklah. itu sahaja untuk hari ini.. hopefully anda semua doakan segalanya berjalan lancar ye.. exam dan segala aktiviti saya berjalan dengan lancar.. paling penting dapat pointer yang tinggi.. hehe.. saya pun mendoakan anda semua berjaya dalam semua perkara yang dilakukan dan sentiasa mencuba menjadi yang terbaik.. ok? sekian.. with love ruby.. assalamualaikum.. =)

Followers