Welcome

Tingkah laku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejnya

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman

Tuesday, February 21, 2012

8 Kecantikkan Seorang Muslimah

assalamualaikum.. perkongsian ilmu daripada http://www.ehberita.com/2012/01/8-kecantikkan-seorang-muslimah.html

Kecantikan wanita sebenarnya ada pada:

1. Kecantikkan wanita ada dalam iman dan taqwa yang menyejukkan mata kaum lelaki yang memandangnya. Seseorang wanita yang menghiasjasmaninya dengan iman dan taqwa akan memancarkan cahaya syurga. Dengan kepatuhannya menjalankan ibadah, dia akan menjadi seorang yang mempesonakan. Allah s.w.t.akan memberikan kecantikan asli. Tidak perlu kosmetik yang mahal-mahal atau perfium yang berlebihan.

2. Kecantikkan wanita ada pada kehangatan sikapnya yang mampu mengetarkan emosi dan cinta lelaki. Secara umumnya lelaki memang mudah tergoda terhadap perempuan yang mempunyai fizikal yang elok. Tetapi itu semua tidak kekal, kehangatan kasih sayang dan cinta yang tuluslah yang akan membuat lelaki merasa bahagia dan selesa apabila berada di sisinya.

3. Kecantikkan wanita ada pada kelembutannya. Kelembutan itu bukan bererti manja, lembut dalam tingkahlakunya bersama suami dan lembut pada anak-anaknya tetapi tegas dalam mendidik.

4. Kecantikkan wanita berada dalam pandangannya yang teduh dan suaranya yang hangat. Walaupun matanya tak seindah bintang kejora, setiap wanita boleh memiliki mata embun, teduh dan sejuk. Dia sentiasa bersangka baik. Setiap perkataanya bukan pisau yang menikam tetapi adalah bara yang menyalakan semangat didada. Tidak ada kata yang sia-sia yang terucap dari bibirnya.

5. Kecantikkan wanita ada dalam senyumannya yang menambahkan lagi kecantikannya dan membuatkan hati orang yang melihatnya gembira. Senyum adalah sedekah, senyum tanpa bermaksud menggoda dan apatah lagi ianya boleh menambahkan lagi seri diwajah kita. Walaupun berwajah cantik tetapi kedekut senyuman tak guna juga kan?

6. Kecantikkan wanita ada pada intelektualnya. Bukan pada sarjananya atau dimana dia belajar. Banyak ilmu-ilmu yang boleh diambil dari sekeliling. Kehidupan menjadi sekolah yang tidak pernah tamat sebelum ajal menjelang. Tidak ada sekolah atau universiti yang boleh menjadikan seorang wanita itu isteri dan ibu yang baik. Ruang dan waktulah yang akan membuatkan seorang wanita menjadi isteri dan ibu yang baik.

7. Kecantikkan wanita berada pada sejauh mana pengetahuan tentang tanggungjawabnya terhadap keluarga, rumah, anak-anak dan masyarakat. Wanita adalah sekolah pertama bagi anak-anaknya. Seberapa jauh pengetahuan seorang wanita akan terlihat dari tingkahlaku keluarganya. Dia selalu menjadi orang yang bermanfaat bagi orang-orang di sekelilingnya. Desebalik kejayaan seorang lelaki, pasti ada sorang wanita di belakangnya.

8. Kecantikkan wanita ada pada kemampuan dan keinginannya untuk memberi. Mungkin kita miskin harta tapi kita kaya dengan hati. Selalu memberi tanpa mengharapkan balasan. Dia sentiasa bersama semasa dalam senang dan susah, dalam gembira dan kesedihan. Kemurahan hatinya akan membuatkan orang akan selalu merinduinya.

wif luv.. ruby..

Monday, February 20, 2012

updating..

assalamualaikum...

apa khabar kawan-kawan semua? lama dah saya tak 'update' blog ini disebabkan kesibukan hidup sebagai seorang pelajar.. hehe.. kehidupan pelajar? erm ni nak cerita.. kehidupan seorang pelajar sangatlah sweet dan best.. kenangan sebagai pelajar memang tak dapat dilupakan.. lagi-lagi masa dapat KKP atau KKBI.. memang berasap otak memikirkan nak siapkan tugasan tu semua.. haha.. tapi alhamdulillah segalanya dipermudahkan Allah..



nikmat sebagai 'student' memang best dan memang diidamkan oleh saya.. ahakz yeke? yela sebab boleh rasa perit belajar untuk mendapatkan ilmu.. bukan mudah nak dapatkan ilmu ni lebih-lebih lagi bila mula-mula masuk saya kosong.. dengan 5 tahun setengah ni kekosongan tersebut akan diisi dengan ilmu pedagogi dan juga sifat seorang guru.. guru? pastilah saya suka.. memang cita-cita untuk jadi guru.. dan alhamdulillah ada rezeki.. akan diusahakan untuk jadi guru yang efektif.. hehe...



alhamdulillah.. dats all yang saya nak ucapkan.. bersyukur dengan segala apa yang diberikan.. nikmat yang banyak tapi bersyukurnya sikit.. jadi mulai hari ini sekecil mana pun yang saya dapat pasti akan dimulakan dengan ucapan alhamdulillah dan juga sujud syukur kepada-Nya..

lots of love.. ruby..

Friday, February 10, 2012

‎....hati & akal...

assalamualaikum..

Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..

Akal : Assalamualaikum, sahabat.

Hati : Waalaikumussalam...

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati terdiam...

Akal bertanya sekali lagi.

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati : Kurang sihat mungkin.

Akal : Mengapa?

Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...

Akal : Dia yang mana, sahabatku?

Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..

Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.

Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.

Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.

Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.

Akal : Apa makna cinta?

Hati : Kasih dan sayang.

Akal : Bagiku cinta itu gila.

Hati : Mengapa pula?

Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?

Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.

Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?

Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.

Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.

Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?

Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Hati terdiam lagi...

Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?

Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?

Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..

Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?

Hati diam dan tertunduk...

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...

Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!

Hati mulai menangis... Sepi... Kesal..

p/s: skadar prkongsian..peringatan utk diri sendiri juga..
copy paste daripada seorang sahabat..

wif luv.. ruby..

Wednesday, February 8, 2012

hati...

assalamualaikum..

kadang-kadang dalam hati siapa yang tahu kan? terasa sakit sangat.. dari luaran memang nampak normal tapi dalam hati hanya Allah yang tahu.. saya bukan nak mengada-ada tapi kadang-kadang terasa sangat-sangat dengan hidup macam ni.. Ya Allah, berilah saya kekuatan untuk menghadapi semua ini.. jodoh antara lelaki dan perempuan memang saya rasionalkan pemikiran tapi jodoh antara kawan? subhanallah.. saya bingung dengan apa yang jadi sekarang ini.. hanya mampu berdoa dan mengalah sahaja.. tidak ada niat mengeruhkan keadaan tapi keadaan yang memaksa saya berbuat demikian.. pemisahan yang sedikit demi sedikit akan terjadi antara kita.. sekiranya saya masih mampu insya-Allah akan dipertahankan tapi kalau tidak mampu selamat tinggal kerana Allah..




wif luv.. ruby..

Followers