Welcome

Tingkah laku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejnya

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman

Sunday, July 25, 2010

HILANG.....

kau hilang tiba-tiba..
aku bingung..
kenapa tiba-tiba kau lenyap?
aku tertanya-tanya.
kenapa kau sering meninggalkan tanda tanya kepada aku?
kenapa mesti aku sahaja yang perlu menjawab tanpa soalan?
aku bingung.
kau seperti 'chipsmore'.
aku tak tahu kenapa mesti aku fikirkan tentang kau.
aku cuba untuk lupakan kau.
tapi susah.
aku cuba untuk tidak ambil tahu pasal diri kau.
tapi tak boleh.
bila kau pergi aku sedar yang kau tidak perlukan aku lagi.
aku redha dengan pemergianmu.
aku lepaskan kau dengan rela hati.
aku terima hakikat.
aku pasrah, aku redha dan aku berdoa agar kau sentiasa dalam rahmat Allah.
insya-Allah..:)

Saturday, July 24, 2010

JANGAN

JANGAN sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
JANGAN masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
JANGAN makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
JANGAN biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
JANGAN biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
JANGAN bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

SYURGA CINTA

SYURGA CINTA????
CINTA YANG AKU MAHU IALAH CINTA YANG MEMBAWA AKU KE SYURGA.
CINTA SESEORANG YANG JUJUR DAN IKHLAS KEPADA AKU.
AKU MENUNGGU SAMBIL BERUSAHA DAN BERTAWAKAL.
INSYA-ALLAH AKU AKAN MENDAPAT JODOH YANG DIREDHAI OLEH ALLAH.
AKU PERLU MEMPERSIAPKAN DIRI AKU TERLEBIH DAHULU.
AKU PERLU MENJADI MUSLIMAH YANG DITUNTUT OLEH AGAMA.
AKU CUBA MEMPERBAIKI DIRIKU SUPAYA ADIL UNTUK BAKAL PASANGAN AKU.
AKU PERLU MENCINTAI ALLAH DAN RASUL-NYA TERLEBIH DAHULU.
KEMUDIAN AKU PERLU CINTAKAN IBU BAPA AKU.
YANG PALING PENTING AKU CINTAKAN DIRI AKU SENDIRI SUPAYA MENERIMA SEGALA APA YANG BERLAKU KEPADA DIRIKU.
KERANA SEGALANYA ADA HIKMAH.
BARULAH AKU BOLEH MENCINTAI SESAMA MANUSIA YANG BERLAINAN JANTINA DENGANKU.
CINTA TERAKHIR INILAH YANG AKU INGIN IA SAMPAI KE SYURGA.
YANG BOLEH MEMBIMBING AKU YANG SERING TERLEKA DAN ALPA DENGAN DUNIAWI.
MENDAPAT CINTA INI, INSYA-ALLAH BAHAGIA DI DUNIA DAN AKHIRAT.
AMIN.

Friday, July 23, 2010

ZOO MELAKA DAN TAMAN BOTANIKAL

saat berada di zoo melaka dan taman botanikal memang menenangkan jiwa saya...
saya sukakan binatang dan alam sekitar..
alam memberikan kita jiwa yang tenang..
haiwan membuatkan kita rasa gembira dengan gelagatnya...
sambil itu aku terfikir tentang kebesaran Allah..
subhannallah... memang kebesaran Allah..
segala yang Allah ciptakan pasti ada hikmahnya..
cuma kita sahaja yang malas untuk muhasabah dan fikirkannya...
fikir-fikirlah wahai kawan-kawan...

Wednesday, July 21, 2010

LUKA LAGI...

hatiku luka lagi..
lagi parah dan sukar untuk diubati...
aku keliru..
masih adakah sahabat yang memang seorang sahabat..
aku keliru..
aku tertanya-tanya..
adakah aku tidak cukup baik sebagai seorang sahabat?
aku cuba sedaya upayaku untuk menerima..
aku seorang..
aku sunyi..
aku redha..
aku kena kuat...
nilai sahabat bagiku sangat tinggi..
susah...
aku merana keranamu sahabat..
tapi tidak mengapa sebab aku masih menyayangi kamu.. sahabat...

HATI

aku terfikir..
mengapa hatiku sering gundah dan bergelora..
mengapa hatiku sering dalam kekeliruan...
mengapa hatiku tidak setia..
mengapa hatiku kerap kecewa..
mengapa hatiku kerap sedih..
mengapa, mengapa, mengapa..
tapi itu dulu..
sekarang hatiku tidak gundah dan bergelora..
hatiku tidak lagi dalam kekeliruan..
hatiku tidak lagi kecewa..
hatiku cuba untuk setia...
hatiku gembira..
kerana mendapat cinta Allah itu yang dapat mengubat penyakit hatiku ini..
Alhamdulillah...

Monday, July 19, 2010

HATI TERLUKA..

Hatiku terluka lagi..
susahnya untuk aku menerima hakikat..
apa yang perlu aku buat sekarang..
aku dah terlanjur kasih kepadanya..
akhirnya aku yang terluka..

luka yang ada belum pun sembuh tetapi ditambah dengan luka yang baharu...
pedihnya luka ini...
parutnya pun masih belum hilang..
aku betul-betul terluka..
hatiku terluka sepenuhnya kerana seorang yang bernama lelaki...!

Thursday, July 15, 2010

KECEWA LAGI..

hatiku kecewa lagi..
kecewa dek dunia...
dunia yang fana..
mengapa manusia puncanya..
mengapa aku mangsanya?
kecewa sentiasa..
penatnya hatiku..

Ya Allah tolonglah aku..
hatiku kecewa lagi..
aku tahu pasti ada hikmahnya..
aku redha Ya Allah...

Saturday, July 3, 2010

DAPAT RESULT

Alhamdulillah, aku dapat keputusan yang memuaskan hati aku untuk semester yang lepas..
Walaupun naik sikit je pointernya, tidak apa-apa.. Aku terima dengan puas hati.. Kesimpulannya, Allah itu maha adil.. Allah tahu setakat mana usaha kita dan bersyukur dengan apa yang kita dapat walaupun ia tidak mencapai target kita.. ALHAMDULILLAH...

Followers