Welcome

Tingkah laku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejnya

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman

Monday, December 27, 2010

KEGAGALAN

aku gagal lagi
gagal mengotakan janjiku pada seseorang...

aku gagal lagi
gagal mengawal perasaan aku...

aku gagal lagi
gagal untuk membuktikan sesuatu...

aku gagal lagi
gagal dalam menjadi seseorang yang dapat dibanggakan...

aku gagal lagi
gagal kerana sering mengecewakan orang yang menyayangiku...

aku gagal lagi
gagal dalam separuh hidupku ini..

aku gagal lagi
gagal untuk bangkit semula...

aku sering gagal...
dugaan sering menggagalkan aku...

tapi aku sentiasa akan
muhasabah diri...
berfikiran positif...

dan berusaha untuk menjadi insan yang
berjaya di dunia dan akhirat...
serta membahagiakan semua orang...

Friday, December 24, 2010

november

Bulan Kelahiran anda ialah NOVEMBER!

Banyak idea dalam perkara.

Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.

Berfikiran kehadapan.

Berfikiran unik dan bijak.

Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.

Pemikiran yang tajam.

Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.

Sesuai jadi seorang doktor.

Cermat dan teliti.

Personaliti yang dinamik.

Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.

Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.

Berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran.

Terlalu degil dan keras hati.

Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.

Tak suka marah kecuali digugat.

Mudah ambil berat terhadap orang lain.

Pandai muhasabah diri.

Cara berfikir yang lain dari orang lain.

Otak yang sangat tajam.

Pandai mendorong diri sendiri.

Tidak hargai pujian.

Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.

Cuba sampai berjaya.

Badan yang sasa.

Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.

Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.

Suka duduk di rumah.

Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.

Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.

Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.

Bercita-cita tinggi.

Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.

Sunday, December 19, 2010

Masam Manis Pahit

Masam, manis, pahit....
semuanya ada dalam perhubungan..
manis bila kata cinta diungkap...
pahit bila kata marah diungkap...
masam bila salah faham wujud...

kadang-kadang aku berfikir sejenak..
masam sungguh perhubungan,
masam juga perhubungan...
pahit juga perhubungan...
sebagai pasangan kitalah yang mencipta rasa...

aku sering mengalah..
aku sering inginkan yang terbaik...
tapi cukupkah kudratku...
untuk pertahankannya seorang diri...

masam, manis, pahit...
sekarang aku rasakannya...
luluh hatiku ini...
cubalah fahami aku...
bimbingilah aku..
supaya perhubungan ini kekal abadi..

Monday, December 13, 2010

Ghuluw: Sikap Yang Perlu Dihindari

Ghuluw adalah Sikap atau perbuatan yang berlebih-lebihan di dalam perkara agama sehingga melampaui apa yang telah ditetapkan melalui batasan syari'at sama ada berbentuk keyakinan atau perbuatan.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
Maksud: Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan (melampaui batas)dengan cara yang tidak benar di dalam agamamu. Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang terdahulu yang telah sesat (sebelum kedatangan Muhammad) dan mereka telah menyesatkan kebanyakkan (manusia), dan mereka tersesat dari jalan yang lurus." (Surah al-Ma'idah, 5: 77)

Sunday, December 12, 2010

perit...

perit rasanya..
tatkala hati ini dilukai...

perit rasanya...
tatkala perlakuanku disalah sangka...

perit rasanya...
tatkala dimarahi...

perit rasanya...
tatkala dibenci orang...

perit rasanya...
tatkala diri bersendirian...

perit rasanya...
tatkala bersedih sendirian...

perit rasanya hati ini....

Saturday, December 11, 2010

SAUDARIKU....

Saudariku...

Saidatina Aisyah r.a pernah berpesan,

"sebaik baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"

jangan kau berasa bangga, kecantikanmu dikejar jutaan lelaki,

itu bukan kemuliaan bagimu, tapi adalah satu penghinaan,

jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir dipantai,

yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja,

di mana seorang pengemis pun mampu memilikinya,

tapi jika kau menganggapnya sebagai satu musibah pada dirimu,

Kau telah memuliakan dirimu setanding mutiara Zabarjad.

yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga sahaja...


Saudariku...

ingatlah pesan Rasulullah s.a.w,

"barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum,maka dia daripada kalangan mereka"

lihatlah penampilanmu,percakapanmu,ataupun akhlakmu,

moga - moga ia mirip Asiah dan Maryam a.s,

mirip isteri-isteri Rasulullah saw dan para sahabiyahnya r.a,

kelak di hari kebangkitan,mereka akan menjadi jiranmu,

tapi apa khabar nasibmu,jika penampilanmu, percakapanmu dan akhlakmu,

seperti akhlak wanita-wanita jahiliyah...?


Saudariku...

jadilah wanita solehah,

yang taat pada Allah dan Rasulnya,

teguhlah menjalankan perintahnya dan meninggalkan larangannya,

jangan kau cuba menambah atau menguranginya

walaupun langit dan bumi menghimpitmu,

jagalah hati, pandangan, pendengaran dan percakapanmu,

binalah hubungan baik dengan Tuhanmu,

beristiqamahlah dalam kebaikan dan kesolehan,

agar tarikan dan hembusan nafasmu,

di dalam keredhaan Tuhanmu,

didiklah hatimu seperti hati Rasulullah s.a.w,

walaupun dicaci, dilukai dan disakiti,

tapi baginda tetap mendoakan kebaikan utk umatnya...


Saudariku...

ajarlah jiwamu untuk bersahabat dengan tuhan,

ia tidak semudah pengucapan,

kau akan didatangi pelbagai musibah dan ujian,

di kala jasadmu bersama manusia, tapi rohmu jauh terbang merindui Tuhan,

di kala manusia lalai dengan keduniaan, jiwamu menangis kerana takutkan Tuhan,

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." HR Muslim

Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata mata, ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan, tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya...

Kemuliaan semua makhluk Allah adalah terletak pada nur taqwa...
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya.

Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah.

Kerana itulah...

Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah...

Sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya...

Sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang..dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya...

Firman Allah dalam surah an-Nisa': 24

"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."

Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi. Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari redha Allah,

Followers