Welcome

Tingkah laku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejnya

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman

Friday, January 11, 2013

assalamualaikum...

bismillahirrahmanirrahim... alhamdulillah diberikan nyawa untuk bernafas hari ini... apa khabar? sihat? baru kini dapat saya 'update' blog ini sebab sibuk dengan aktiviti sebagai guru pelatih... huhu... kehidupan saya pada tahun baharu ini dimulakan dengan menjalankan kuliah pertama pada 2 Januari 2013... perasaan? pastilah gembira sebab bermula kisah mencari ilmu... alhamdulillah...
kahwin? hehe... berangan tidak sudah-sudah... hehe... tengok orang lain kahwin, hati ini teringin sangat-sangat... hahaha... tetapi pastilah hidup mesti bermatlamat... matlamat hidup saya ialah menjadi muslimah yang solehah dan muslimah yang dapat membahagiakan ibu bapa... opsss pembetulan... bapa? masih adakah sayang saya pada seorang manusia yang bernama ayah? saya keliru... bagaimana untuk saya terjemahkan dalam tulisan... argh!!! saya impikan gelaran anak solehah tetapi disebabkan masalah tanggungjawab membuatkan saya berkira-kira... apa yang perlu saya lakukan? hati kecil hanya mampu berdoa pada yang maha Esa... Ya Allah, tolonglah hamba-Mu ini supaya menjalankan tanggungjawab sebagai anak dengan adil...
mungkin saya fobia dengan apa yang jadi dalam keluarga saya... sampaikan takut untuk merasai fasa perkahwinan... Ya Allah... masa hadapan kita tidak tahu kan? saya hanya mampu berdoa kepada-Nya... mudah-mudahan dipertemukan jodoh yang bertanggungjawab dan mampu membimbing diri ini ke arah syurga... insya-Allah... saya berusaha menjadi yang terbaik untuk bakal suami yang mungkin juga sedang berusaha menjadi muslimin yang baik dan bertanggungjawab... insya-Allah...
itu sahaja buat masa ini... cerita hati yang diluahkan di sini bukan untuk menyalahkan pihak yang berkenaan... cukuplah sekadar menjadi pengajaran buat sesiapa yang terbaca 'post' ini... mudah-mudahan kita dapat menjadi yang lebih baik setelah membaca 'post' ini... insya-Allah...
wallahualam... assalamualaikum...

Followers