Welcome

Tingkah laku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejnya

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman

Monday, August 12, 2013

Padan Muka!

Assalamualaikum... Degil sangat sampai hati yang sakit... Bagusnya... Grrrrr... Sampai bilalah nak jadi macam ini cik akak oi! Lupakan jela semua perkara yang tak patut dikenang... Kalau ingat pun takdanya orang tu nak ingat kita... Sudah cukup cukup sudah! Argh... Bulan yang baik hanyalah perhubungan yang baik yang diharapkan... Kalau tak mahu baik, terpulang tapi ingatlah yang saya sudah maafkan segala apa yang terjadi antara kita dan saya harap awak pun begitu juga... Selagi boleh berfikiran positif, saya akan cuba... =) Keluarga juga yang menjadi sumber kekuatan diri ini... Sayang sangat-sangat!

Thursday, May 30, 2013

GALAU!

Assalamualaikum.... Apa khabar rakan-rakan semua? Baru hari ini saya berpeluang dan juga ada 'mood' untuk meng'update' blog ini... hehe... Sekarang berada dalam cuti semester...huh! Macam-macam pengalaman dan macam-macam perkara yang berlaku dalam cuti ini. Ada yang manis, ada yang pahit, dan ada juga yang masam. Jadi serba lengkap semuanya dalam cuti semester minggu pertama ini. Ketenangan yang saya perlukan tidak dapat diperoleh sepenuhnya sepanjang cuti ini... Grrrrrr... Itulah yang mengakibatkan kemarahan saya berganda-ganda... dush!!! itulah perasaan yang pertama dalam minggu pertama ini... istighfar banyak-banyak... =) yang lain masih lagi dalam proses... hehe... ^_^ setakat itulah ya kawan-kawan... assalamualaikum...

Wednesday, April 17, 2013

stress!

assalamualaikum... apa khabar semua? dah lama xupdate blog ini.. hehe.. gara-gara sibuk dengan praktikum sampai lupa dengan blog yang disayangi... Pengalaman sepanjang praktikum... huh! PENAT PASTILAH... HAHA... penat yang bermakna... kena observed dah dua kali.. kali pertama, alhamdulillah.. kali kedua, masyaAllah... serius tidak jangka jadi macam itu.. dengan keadaan kesihatan yang tidak sihat menyebabkan diri ini kurang fokus di dalam sesi pengjaran hari ini... tidak mengapa.. jadikan pengalaman yang sangat bermakna sebelum menjadi guru. in shaa Allah.. masalah yang dihadapi... erm tak payah ceritalah.. sentiasa ada masalah.. tidak kira sekolah ataupun di rumah.. hahaha.. itu jela kot untuk kali ini sebab belum ada mood untuk meng'update' blog.. hehe.. terima kasih sebab melawat blog ini.. salam sayang untuk semua.. assalamualaikum....

Friday, January 11, 2013

assalamualaikum...

bismillahirrahmanirrahim... alhamdulillah diberikan nyawa untuk bernafas hari ini... apa khabar? sihat? baru kini dapat saya 'update' blog ini sebab sibuk dengan aktiviti sebagai guru pelatih... huhu... kehidupan saya pada tahun baharu ini dimulakan dengan menjalankan kuliah pertama pada 2 Januari 2013... perasaan? pastilah gembira sebab bermula kisah mencari ilmu... alhamdulillah...
kahwin? hehe... berangan tidak sudah-sudah... hehe... tengok orang lain kahwin, hati ini teringin sangat-sangat... hahaha... tetapi pastilah hidup mesti bermatlamat... matlamat hidup saya ialah menjadi muslimah yang solehah dan muslimah yang dapat membahagiakan ibu bapa... opsss pembetulan... bapa? masih adakah sayang saya pada seorang manusia yang bernama ayah? saya keliru... bagaimana untuk saya terjemahkan dalam tulisan... argh!!! saya impikan gelaran anak solehah tetapi disebabkan masalah tanggungjawab membuatkan saya berkira-kira... apa yang perlu saya lakukan? hati kecil hanya mampu berdoa pada yang maha Esa... Ya Allah, tolonglah hamba-Mu ini supaya menjalankan tanggungjawab sebagai anak dengan adil...
mungkin saya fobia dengan apa yang jadi dalam keluarga saya... sampaikan takut untuk merasai fasa perkahwinan... Ya Allah... masa hadapan kita tidak tahu kan? saya hanya mampu berdoa kepada-Nya... mudah-mudahan dipertemukan jodoh yang bertanggungjawab dan mampu membimbing diri ini ke arah syurga... insya-Allah... saya berusaha menjadi yang terbaik untuk bakal suami yang mungkin juga sedang berusaha menjadi muslimin yang baik dan bertanggungjawab... insya-Allah...
itu sahaja buat masa ini... cerita hati yang diluahkan di sini bukan untuk menyalahkan pihak yang berkenaan... cukuplah sekadar menjadi pengajaran buat sesiapa yang terbaca 'post' ini... mudah-mudahan kita dapat menjadi yang lebih baik setelah membaca 'post' ini... insya-Allah...
wallahualam... assalamualaikum...

Followers