Welcome
Tingkah laku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejnya
Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
Wednesday, November 28, 2012
dosa vs tanggungjawab...
assalamualaikum...
apa khabar semua? sihat? alhamdulillah masih diberi nafas untuk merasai nikmat dunia yang sementara ini... mudah-mudahan semakin panjang umur semakin baiklah hidup kita dan semakin bertambahlah pahala yang dikumpul... insya-Allah...
kewujudan kali ini, saya ingin menceritakan kisah dosa dan tanggungjawab yang dipikul oleh seorang manusia yang bergelar bapa.... tanggungjawab sangat penting bagi seorang bapa dan juga suami... bapa atau suami perlu fikirkan tentang tanggungjawab nafkah zahir dan batin anak isteri... kadang-kadang mereka terlupa akan tanggungjawab dan dosa yang perlu ditanggung oleh mereka.... tanpa rasa serba salah mereka mempergunakan rasa tolak ansur isteri dalam menguruskan kewangan keluarga...
ke manakah hilangnya rasa tanggungjawab seorang suami dan bapa zaman sekarang? tidak kisahlah kerja pengawal keselamatan atau kerja dengan orang lain asalkan ada berikan nafkah zahir untuk isteri dan anak-anak.. bukan hanya kasih sayang yang diperlukan zaman sekarang ini... duit sangat diperlukan zaman sekarang ini... tetapi selalu dipandang enteng oleh manusia yang bergelar bapa... hidup di dunia bukan kasih sayang yang boleh membantu anak-anak dan isteri tetapi kewangan sangat penting pada zaman sekarang...
bagaimana ingin menyedarkan seseorang tentang tanggungjawabnya yang akan disoal di dalam kubur? sebagai anak pastilah kita menginginkan yang terbaik untuk ibu dan bapa kita di dunia dan akhirat... menjadi anak yang mengikut syariat adalah salah satu sebabnya untuk menyenangkan hati ibu bapa tetapi adakah perubahan diriku tidak dapat memberi setitik hidayah ataupun kesedaran kepadanya? Ya Allah, aku sudah lelah dengan lalainya tanggungjawab seorang bapa sehinggakan menyusahkan ibuku... bukankah duit isteri hanyalah untuk isteri? suami boleh menggunakan duit isteri hanya apabila isteri redha dengan penggunaan itu? ya, memang tolak ansur sangat diperlukan tetapi kadang-kadang tolak ansur menjadi tempat suami mengambil kesempatan... astagfirullahalazim...
kepenatan ibuku sangat dirasai kerana terlalu banyak beban yang dipikulnya... sehinggakan kadang-kadang saya berasa sedih dengan apa yang berlaku...sebagai anak mana yang mampu dikurangkan bebannya, saya cuba kurangkan... alhamdulillah yuran pengajian saya dibiayai kerajaan dengan mendapat elaun... bersyukur dengan apa yang diatur oelh-Nya... alhamdulillah...
pada lelaki di luar sana, jadikanlah kisah ini sebagai pengajaran dan sedarlah tanggungjawab anda sangat besar di dunia ini... memang mudah akad tetapi tanggungjawab selepas akad itulah yang besar.... persiapkanlah diri sekiranya ingin menjadi suami pada bakal isteri kamu nanti... bekerjalah selagi mampu, jangan jadikan alasan malas untuk mengelak kerja di bawah orang... tolonglah fikirkan tanggungjawab anda dan bersyukur sekiranya anak dan isteri anda menjaga maruah anda... ingatlah segala yang dilakukan isteri dan anak-anak adalah tanggungjawabmu dan dosa mereka adalah tanggunganmu...
wallahualam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
sabar ruby.Aku tahu kau hamba allah yg tabah.Be strong ok! =)
thanks... =)
Post a Comment