Welcome

Tingkah laku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejnya

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman

Saturday, November 10, 2012

muncul kembali...

assalamualaikum... apa khabar semua? sihat? alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk berkongsi kisah hidup bersama anda semua.. hehe.. bersyukur atas segala nikmat yang diberikan Allah kepada diri ini.. alhamdulillah.. segala puji bagi Allah.. =)
baiklah.. sekarang sudah bermula episod saya di rumah... cuti semester baru sahaja bermula dan saya sudah merasakan sesuatu bebanan apabila pulang ke rumah... nak tahu kenapa? hehe.. saya terfikir bagaimana mahu membantu ibu saya supaya saya tidak menganggur di rumah sahaja semasa cuti semester ini.. cadangan ibu ialah suruh saya berniaga dadih dan minuman di gerai tepi pantai... baik.. insya-Allah akan difikirkan dan saya memang berminat untuk menjalankan perniagaan sementara.. hehe..
hah? tiba-tiba muncul idea untuk buat jeli kelapa.. haha.. bagaimana ye?
penyelesaiannya? perancangan masih fasa awal jadi yang menentukannya Allah... saya akan cuba usaha untuk mendapatkan pendapatan dalam cuti ini bagi meringankan beban ibu saya.. insya-Allah.. nawaitu kerana Allah S.W.T. insya-Allah segalanya berjalan lancar.. wallahualam.. 0_0

No comments:

Followers