Welcome

Tingkah laku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejnya

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman

Wednesday, August 22, 2012

PBS, Raya, Merdeka

assalamualaikum.. apa khabar semua? sihat? dah lama tak update blog yang disayangi ini kan? hehe.. ok hari ini update gabungan tiga perkara yang jadi sepanjang dalam satu bulan.. first and foremost, kita cerita tentang PBS.. PBS stand for pengalaman berasaskan sekolah.. clear? hehe.. kali ni saya jalankan PBS terakhir saya di SK Kem Terendak 2.. wow.. sekolah anak-anak uniform la katakan.. hehe..
pengalaman di sekolah ini banyak memberikan semangat kepada saya untuk menjadi seorang guru yang baik kelak.. insya-Allah.. terima kasih warga SKKT 2.. muaaaah... now, kita cakap pasal raya tahun ini pula.. tema tahun ni gold atau emas.. hehe.. saya la yang pilih tema tu tahun ini tapi punyalah susuah nak cari warna yang sedondon.. haha.. itu tandanya saya ni susah untuk dimiliki.. hehe.. demand kan? uhuk2.. jangan risau.. bila dah sampai jodoh saya tidak akan jual mahal.. huhu.. berusahalah ye! haha.. selain itu, raya tahun ini membawa kegembiraan yang berganda sebab keluarga ibu dah bersatu.. bolehlah ibu pebuhkan hajat atuk tuk tangkap gambar satu keluarga.. raya haji nanti tengoklah gambar kami satu keluarga bertemakan hijau.. ketenangan dan kedamaian.. hehe.. sesuai la kan? hehe..
sekarang merdeka.. haha.. esok, jumaat saya dah kena balik ke IPG sebab nak bertolak ke KL.. erm terlibat dengan program kemerdekaan tahun ini.. mewakilkan diri sendiri untuk menyelamatkan orang lain supaya tak wajib pergi.. its ok la sebab saya rela hati untuk pergi.. mudah-mudahan dipermudahkan urusan di sana nanti.. insya-Allah..
selamat menyambut hari kemerdekaan.. hargailah keamanan yang dimiliki sekarang.. hargailah pemimpin dan juga tokoh yang membantu kita untuk mendapatkan kemerdekaan sekaligus hidup dalam keadaan aman dan damai sekarang.. alhamdulillah..
itu sahaja untuk hari ini.. wallahualam.. assalamualaikum.. =)

No comments:

Followers