Welcome

Tingkah laku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejnya

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman

Tuesday, June 7, 2011

mutiara kata...

assalamualaikum...

perkongsian ilmu...

antara mutiara kata yg sy jumpa.. mungkin dapat menaikkan semangat kita.. mungkin juga dapat memotivasikan diri kita.. renungan bersama.. ^_~

Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat

Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik oleh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menghadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai

Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu

Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya

Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringnya ia menitik

Paip yang kosong menghembuskan angin tetapi jika kepala yang kosong akan menghasilkan kegelapan

Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita…

Tingkahlaku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejnya

Anyamlah buih buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman

Jangan berbangga dengan pujian teman kerana sebalik pujian terdapat satu kejian

Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera

Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging

Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali

Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal: tetapi ianya kan membangkitkan cita-cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya

No comments:

Followers