Welcome

Tingkah laku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejnya

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman

Saturday, July 24, 2010

SYURGA CINTA

SYURGA CINTA????
CINTA YANG AKU MAHU IALAH CINTA YANG MEMBAWA AKU KE SYURGA.
CINTA SESEORANG YANG JUJUR DAN IKHLAS KEPADA AKU.
AKU MENUNGGU SAMBIL BERUSAHA DAN BERTAWAKAL.
INSYA-ALLAH AKU AKAN MENDAPAT JODOH YANG DIREDHAI OLEH ALLAH.
AKU PERLU MEMPERSIAPKAN DIRI AKU TERLEBIH DAHULU.
AKU PERLU MENJADI MUSLIMAH YANG DITUNTUT OLEH AGAMA.
AKU CUBA MEMPERBAIKI DIRIKU SUPAYA ADIL UNTUK BAKAL PASANGAN AKU.
AKU PERLU MENCINTAI ALLAH DAN RASUL-NYA TERLEBIH DAHULU.
KEMUDIAN AKU PERLU CINTAKAN IBU BAPA AKU.
YANG PALING PENTING AKU CINTAKAN DIRI AKU SENDIRI SUPAYA MENERIMA SEGALA APA YANG BERLAKU KEPADA DIRIKU.
KERANA SEGALANYA ADA HIKMAH.
BARULAH AKU BOLEH MENCINTAI SESAMA MANUSIA YANG BERLAINAN JANTINA DENGANKU.
CINTA TERAKHIR INILAH YANG AKU INGIN IA SAMPAI KE SYURGA.
YANG BOLEH MEMBIMBING AKU YANG SERING TERLEKA DAN ALPA DENGAN DUNIAWI.
MENDAPAT CINTA INI, INSYA-ALLAH BAHAGIA DI DUNIA DAN AKHIRAT.
AMIN.

No comments:

Followers